Tuesday, January 13, 2009

Boikot barangan Israel/USA


Minggu nie aku memang agak emosi bila mengenangkan perlakuan biadap Israel menghancurkan Palestinian di Gaza. Yang aku lebih2 angin ialah bila negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestine langsung buat bahalol.. tak bagi ape2 pertolongan. Malah siap tutup rapat lagi pintu di sempadan untuk menghalang penduduk palelstine mendapatkan perlindungan dan bekalan untuk terus hidup.

Kebetulan, dalam my class, ada dua orang budak Iran. Dua2 pompuan dan yang lebih best nya.. semangat patriotiknya pada islam lebih menebal dari semangat another dua orang budak lelaki Iraq dan kebanyakan pelajar2 di melaysia nie. Aku ada tanya mereka pagi tadi... tolong cakap kat Ahmadenijad (PM Iran) suruh bagi laa sedas dua nuklear kat bangsa biadap tuu... dan dengan yakin dan bersemangatnya...diorang kata.. NEXT YEAR. Mungkin sebab sekarang nie Iran tengah berusaha mengkayakan penghasilan Uranium dia. Ha ha ha... kagum aku ngan orang2 Iran nie.



Dan bagi sesetengah malaysian dan blogawan, aku ada membaca blog2 yang hanya mentertawakan usaha2 kerajaan dan umat islam untuk memboikot produk dari Israel dan Amerika. Argument dia ialah, kebanyakan syarikat2 besar milik amerika dan Israel nie mengambil orang melayu sebagai pekerja mereka, kalau syarikat2 ini tutup, sah2 laa melayu2 nie tak ada kerja dan menganggur.

Begitu cetek sekali pandangan dan moral insan2 yang menjunjung islam sebagai agama mereka. Mari kita renungkan...
1. Kalau mereka boleh berperang dengan Israel, tak payah laa boikot produk israel
2. Kalau mereka boleh hantar bom dan mortar ke israel, tak payah boikot israel
3. Kalau mereka boleh menghantar bantuan perubatan dan makanan yang mencukupi untuk rakyat palestine, tak payah laa mereka boikot israel
4. Kalau mereka boleh menggunakan kuasa veto untuk menghalang israel bertindak biadap pada bangsa palestine.. tak payah laa boikot israel

Tapi yang bestnya, mereka yang bodoh dungu nie, dah laa tak mampu membuat benda2 diatas, tapi dengan memboikot produk israel dan proksi mereka pun diorang tak mau. Kalau tak mau tu takpe lagi.. nie siap mengeji lagi usaha muslimin2 lain untuk membantu usaha kerajaan untuk menghalang perbuatan jahat dan hina Israel tu. Aku memang istighfar panjang bila baca penulisan2 hilang pedoman macam tuu. Aku harap mereka faham tujuan mereka kat bumi tuhan nie.




Sesungguhnya sekecil2 Iman tuu... kalau kita tak boleh ubah dengan tangan atau mulut, kita hendaklah mengubah dengan hati dan mendoakan saudara2 seislam kita di Gaza selamat dunia dan diakhirat. Aminnn..

Saturday, January 10, 2009

Cerita Ustaz Amirul kena tindih dalam Puaka Niyang Rapik


korang mesti pernah dengar pasal cerita kena tindih masa tidurkannn. Aku dulu memang percaya cerita orang yang pernah mengalami situasi pelik macam tuu.. siap ada sorang kawan aku dia kata dia nampak sendiri makhluk hitam besar bagai tindih dia.

Frankly speaking, aku tak pernah mengalami kejadian aneh tu.. tapi kalau setakat kebas2 tangan tu biasa laa sebab tertindih dengan badan sendiri yang melebihi muatan. Isu nie pernah diutarakan oleh pensyarah farmasi aku masa aku undergrade dulu. DIa kata nak buat kajian.. tapi HADO.

Lepas aku baca dan mendalami ilmu tentang perubatan, aku dapati sebenarnya fenomena kena tindih ini bukanlah berpunca dari ilmu hitam Tok Dalik ataupun ramuan berbisa Bok Miah.. cuma error dalam otak kita menterjemahkan isyarat electrical semasa kita dalam keadaan separuh sedar atau pun lalok.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

so..lepas ni kalau korang berhadapan dengan fenomena ini, bertenang laa... sebab otak kita akan regulate balik system untuk sementara waktu..kiranya macam refresh laa dalam bahasa komputernya... tarik nafas dalam2 dan jangan melawan..sebab kalau korang melawan fenomena ini... korang akan jadik penat sangat selepas tuu...

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat... Puaka Niyang Rapik tuu sebenarnya tak logic.. walaupun aku salah sorang peminat cerita Ahmad Idham tuu... cuma sekadar hiburan takpe.. jangan percaya sangat.

Thursday, January 8, 2009

Party people.. yeah yeah

Kebakaran di disco pada malam menyambut tahun baru. 59 orang telah mati terbakar dan lebih 100 orang cedera.

Ini baru azab dunia..kepada yang kaki clubbing tu. Buatlah azam baru "tidak pergi clubbing". Mungkin korang rasa tak salah tapi bayangkan kalau ini terjadi kepada anda.....Siap tertera nama di akhbar lagi. Mati terbakar dalam disco, bayangkan aib kepada ibu bapa dan keluarga.Sendrik mau ingat!!!

Kengkawan yang masih aktif di disco2 disekitar lembah klang, harap2 korang cium2laa tikar semayang yer tahun baru nie. insaf2 laaa... ahaksz.



pic dan ulasan diambil dari www.isuhangat.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

Happy birthday Hamzah dan Congratulation untuk Pelancaran Website TravelRhapsody.com

Menjelang tahun 2009 ini, dimulakan dengan satu episode yang menggembirakan dan meriah dalam kalender hidupku. Dimulai dengan sambutan hari jadi Hamzah dan disambut dengan penuh meriah di restoran Intai-intai ampang. Ramai kawan-kawan lama datang dan berkenalan dengan kengkawan baru.

Hampir 60 orang hadir party birthday tu.. Picture dibawah ini adalah antara mereka2 yang amat menonjol dimalam itu. Ngeh ngeh ngeh

Sempena Birhtday yang gilang-gemilang itu, Saudara Hamzah Hamdani telah melancarkan satu websitenya sendiri iaitu www.travelrhapsody.com untuk pengembara2 seperti dia. banyak info tentang pengalaman beliau sepanjang merantau dan me'review'tempat2 menarik di malaysia dan dunia. Kalau nak tau lebih lanjut.. lawatilah website dia yang best ittewww di www.travelrhapsody.com, support skit yerr.

Meriah malam tuu, sampai ada dua kek sambutan. Mungkin satu kek untuk birthday dan satu lagi kek untuk pelancaran website nyer.. (Hamzah yang sedang meniup kek itu, yang pegang kek sorang lagi tuu... BUKAN BIRTHDAY DIA occay)

Pic kek ini diambil oleh En Saiful Nang... artistic, malatops pic.

Thanx juga kepada En.Baha (Owner restoran Intai-Intai) yang memberikan yang terbaik semasa kita menggunakan restoran dia. Food is marvelous, cosy environtment by the lake and settings meletops.