Thursday, January 26, 2012

January yang Banyak Kejadian... suka dan duka.

Memang dah lama sangat tak update blog ni, tapi hati memang sentiasa ingat.
Nak mencurahkan segalanya memang aku tak mampu, sekadar bercerita kisah biasa2 sahaja, kerana aku bukan seorang pelacur emosi.

Tak semua yang aku alami harus aku kongsi bersama dengan orang lain. Cukuplah dengan orang yang tersayang. Kawan2 semua, aku sayang pada kalian. Keluarga pula semakin aku meningkat umur... semakin aku berjauhan dengan mereka. Ahh... mereka juga ada kehidupan yang harus mereka jalani bersama orang2 yang mereka sayangi.

Aku harus tabahkan hati untuk menghabiskan sisa-sisa pembelajaranku. Kalau mengikut jadual, harus aku habiskan dalam masa 6 bulan lagi. tapi nampak gayanya, sekarang masih lagi terumbang ambing, makanya perlulah di 'extend' lagi pengajian... insyaallah.

SBPA di tangguhkan, mengapakah? aku benar2 berharap segala yang di war2kan tentang SBPA, kenaikan gaji dan dred dapat dilaksanakan dengan segera... meriahlah skit dompet dan poket..

Dan tak lupa nak ucapkan Selamat Tahun Baru dan sambutlah dengan kesederhanaan

sampai di sini sahaja... :-)

Thursday, August 11, 2011

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

Monday, January 24, 2011

Selamat menyambut Tahun 2011

Saya berharap semoga tidaklah terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru masihi 2011 kepada semua kawan2...
saya sayang kamu semua, saya berdoa pada tahun ini, semua akan berjalan dengan baik dan sempurna.

Bagi tahun 2010, ia adalah pengalaman yang sangat menarik dan kadang2 mencemaskan. Walaubagaimanapun, tahun 2010 banyak memberikan saya kekuatan dan kebahagiaan.

Saturday, August 21, 2010

Selamat Berpuasa.

Tak ada yang paling indah sekiranya berbuka puasa dengan family dan ibunda tercinta. Setelah cukup seminggu berpuasa di perantauan, aku berjaya meluangkan masa untuk balik ke kampung halaman di Johor Bahru.

Semoga ramadhan ini dapat ku lalui dengan jayanya. :-)

Wednesday, March 31, 2010

Shichida Methods

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practisesikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu
semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff
melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi
cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau
kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror
ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan. _

dipetik dari Isuhangat.com

Friday, October 23, 2009

Kalau rasa tidak tenang..ingatlah bahawa:

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

dipetik dari isuhangat.blogspot.com

Sunday, July 26, 2009

Penyakit Kelamin Gonorrhoea

Gonorrhoea merupakan salah satu daripada penyakit kelamin (Sexually Transmitted Diseases - STDs) yang kerap berlaku. Gonorrhoea boleh menjadi teruk sekiranya tidak dirawat dan akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang lain. Malangnya ramai di antara mangsa Gonorrhoea sehingga 80%, tidak menyedari mereka telah dijangkiti Gonorrhoea. Ini adalah disebabkan dalam kebanyakan kes, jangkitan Gonorrhoea tidak menunjukkan tanda-tanda yang nyata.

Apa itu Gonorrhoea

Gonorrhoea disebabkan oleh jangkitan bakteria Neisseria gonorrhoeae yang merebak melalui hubungan kelamin, yang menjangkiti saluran pembiakan dalaman seperti uterus, salur fallopian, dan ovari. Kadang-kala tanda-tanda Gonorrhoea dapat dikesan, tetapi dalam kebanyakan kes penghidap Gonorrhoea tidak menunjukkan sebarang tanda yang ketara. Kuman Gonorrhea boleh didapati pada bahagian berlendir badan seperti saluran pembiakan, zakar, dubur, kerongkong, faraj, dan serviks.

Sekiranya penyakit Gonorrhoea tidak dirawat, Gonorrhea juga boleh merebak kepada bahagian rahim dan salur fallopian, menyebabkan penyakit radang pelvik (Pelvic Inflammatory Disease - PID). Sekiranya ini berlaku, komplikasi bagi wanita seperti percantuman pada salur fallopian boleh menyebabkan kemandulan dalam 10% kes, dan juga masalah kehamilan di luar rahim. Sekiranya Gonorrhoea menjangkiti wanita yang mengandung, bayi yang dilahirkan secara normal menghadapi risiko dijangkiti Gonorrhoea dan menjadi buta. Untuk mengelakkan keadaan ini, kebiasaanya, bayi akan dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Sekiranya bayi dilahirkan secara normal, rawatan menggunakan lapsis (silver nitrate) yang diletakkan pada mata bayi sekiranya terdapat tanda jangkitan. Sebelum 1985 rawatan ini digunakan secara meluas, tetapi kini ia hanya digunakan apabila terdapat tanda jangkitan.

Bagi kedua-dua golongan lelaki dan wanita masalah jangka panjang bagi Gonorrhea yang tidak dirawat adalah bengkak sendi arthritis kategori gonococcal arthritis boleh menyebabkan sendi jadi bengkak dan kaku. Jangkitan darah "Fatal septicemia" yang boleh membawa maut, juga merupakan salah satu komplikasi yang boleh berlaku.


Golongan berisiko

Sesiapa yang aktif secara seksual boleh dijangkiti Gonorrhea, dan penyakit Gonorrhea lebih kerap merebak di kalangan golongan yang lebih muda, antara umur 15 - 30 tahun. Ini disebabkan tabiat golongan muda yang menjalinkan hubungan rambang dengan dari satu pasangan seksual. Gonorrhea juga lebih luas merebak dikawasan bandar berbanding kawasan luar bandar. Selain itu peratusan kes Gonorrhea dikalangan kumpulan homoseksual juga meningkat. Di Amerika Syarikat sahaja, di anggarkan terdapat 800,000 kes dilapurkan setiap tahun.

Apakah Tanda Gonorrhoea

Mereka yang dijangkiti Gonorrhoea menunjukkan tanda-tanda seperti :-

Lelaki

Keluar cecair bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada alat kelamin.
Sakit seperti terbakar apabila kencing.
Gatal-gatal pada bahagian dubur.
Radang (gatal-gatal) pada bahagian kerandut zakar
Radang pada bahagian kelanjar prostate (boleh ditentukan dengan pemeriksaan doktor.)

Tanda-tanda ini kelihatan pada hari ke 2-7 selepas jangkitan pada lelaki. 10% - 15% lelaki tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan Gonorrhea.

Wanita
Peningkatan keluaran lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada alat kelamin.
Peningkatan jumlah cecair yang keluar dari alat kelamin.
Pendarahan antara tempoh haid.
Sakit apabila kencing.
Gatal-gatal pada bahagian alat kelamin.
Sakit / memulas bahagian bawah perut.
Sakit apabila bersetubuh.
Jangkitan kerongkong.
Demam.
Jangkitan dalaman
Sembelit
Keluar lendir bewarna kekuningan (creamy) atau hijau daripada dubur.
Gatal bahagian dalam dubur/alat sulit.
Sakit ketika membuang air besar dan ada darah bersama najis.
Dubur berdarah.
Tanda-tanda ini biasanya kelihatan pada hari ke 2-30 selepas jangkitan dikalangan 20% kes bagi wanita. Bagaimanapun, dalam 80% kes tiada sebarang tanda jangkitan Gonorrhea kelihatan di kalangan wanita.
Mereka yang tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi risiko lebih tinggi menghadapi komplikasi daripada jangkitan Gonorrhea teruk, dan tanpa disedari akan menyebarkan jangkitan Gonorrhea. Dari tempoh jangkitan Gonorrhea akan terus merebak sehingga dirawat dengan betul. Jangkitan yang terdahulu tidak menjadikan seseorang immune kepada Gonorrhea, malah komplikasi boleh berlaku dengan lebih pantas berbanding dengan mereka yang mengalami Gonorrhea kali pertama. Jangkitan kali kedua juga menambah risiko mendapat jangkitan HIV.

Masalah jangka panjang

Dianggarkan 2% daripada pesakit Gonorrhea yang tidak dirawat akan mengidap Jangkitan Gonococcal Meluas (Disseminated Gonococcal Infection (DGI)). Tanda-tanda Jangkitan Gonococcal Meluas adalah :-

Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
Demam
Kudis pada kulit
Gonorrhea yang tidak dirawat juga boleh tersebar melalui salur darah dan boleh menjangkiti :-
Injap jantung
Otak (jarang)

Selain itu, masalah jangka panjang bagi lelaki adalah :-


Epididymitis (Radang pada keradut zakar (testicles) yang boleh menyebabkan kemandulan).
Sakit sendi tulang (Gonococcal Arthritis)
Jangkitan organ lain.
Bengkak pada kerandut zakar dan zakar.

Masalah jangka panjang bagi wanita adalah :-


Kudis (Abscesses)
Mengandung luar rahim yang boleh menyebabkan kematian pada ibu. (Ectopic pregnancy)
Pelvic Inflammatory Disease (PID). Jangkitan yang merebak dari faraj dan serviks kepada uterus dan salur fallopian dan menyebabkan kemandulan.
Jangkitan pada hati (Perihepatitis).
Mandul pada wanita.
Salur fallopian tersumbat yang menghalang telur yang subur memasuki rahim dan menyebabkan kemandulan.
Jangkitan sekeliling hati (Perihepatitis).
Tisu tebal (scar) terbentuk pada saluran fallopian.
Jangkitan
Walaupun Gonorrhoea tersebar melalui hubungan seks, Gonorrhoea juga boleh merebak melalui kaedah yang lain. Cara Gonorrhoea merebak adalah melalui :-


Hubungan kelamin termasuk :-
Hubungan kelamin biasa. (30-50% lelaki, 60%-90% wanita.)
Alat kelamin ke mulut (Gonococcal pharyngitis)
Alat kelamin ke dubur
Dari ibu kepada bayi ketika proses kelahiran semasa bayi melalui saluran peranakan yang menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada mata.
Melalui sentuhan pada bahagian yang sakit.
Melalui najis pesakit.
Vulvovaginitis pada kanak-kanak melalui pakaian yang bercampur dengan pakaian pesakit Gonorrhoea ketika dibasuh. Ini boleh menyebabkan satu keluarga dijangkiti Gonorrhoea sekiranya bapa terkena Gonorrhoea. Vulvovaginitis juga terdapat dalam kes penderaan seksual.
Pengesanan dan Pengesahan

Cara terbaik mengelakkan Gonorrhoea adalah dengan mengelak dari melakukan hubungan kelamin (bagi yang belum berkahwin) atau melakukan hubungan dengan pasangan yang dikahwini sahaja.
Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko dan aktif secara seksual, mereka perlu mengamalkan cara yang selamat ketika melakukan hubungan kelamin seperti penggunaan kondom dengan betul, yang menutupi bahagian yang terkena jangkitan penyakit kelamin. Penggunaan kondom dengan betul boleh mengelakkan penyebaran penyakit kelamin disamping mencegah kehamilan yang tidak dirancang.
Melakukan pemeriksaan lebih kerap dan secara berkala seperti setiap enam bulan sekali. Mereka juga perlu membersihkan tangan dengan teliti disebabkan bakteria Gonorrhoea boleh merebak kepada mata.
Hubungan seksual perlu dilakukan dengan mereka yang diketahui selamat atau dengan satu pasangan sahaja dan dengan menggunakan kondom. Elakkan daripada melakukan hubungan rambang.
Mendapatkan penerangan terperinci dengan melawat klinik penyakit kelamin (sexually transmitted disease (STD) clinic), hospital, doktor, atau pengamal perubatan.
Selain itu adalah penting bagi wanita untuk menjalani pemeriksaan pap smear bertujuan mengesan sebarang kelainan kepada alat kelamin. Pengesanan awal perubahan yang diperoleh daripada ujian ini adalah langkah pencegahan terbaik bagi mengelakkan kanser rahim.
Ramai doktor gemar menggunakan lebih dari satu ujian bagi mengenalpasti Gonorrhoea agar lebih tepat. Terdapat tiga jenis ujian makmal yang boleh dilakukan untuk memastikan Gonorrhoea iaitu :-
Mewarnakan Contoh Biologi (Staining Biological Samples)
Ujian mewarnakan contoh biologi dilakukan dengan meletakkan contoh lendir yang keluar dari zakar atau serviks dan mewarnakannya dengan pewarna (dye). Ujian ini adalah lebih tepat bagi lelaki berbanding wanita disebabkan hanya 1/2 wanita yang dijangkiti dapat dikesan dengan menggunakan ujian ini.
Penkulturan (Cultures)
Membiakkan bakteria dalam makmal dengan menggunakan lendiran yang keluar untuk dikulturkan dalam petri kultur (culture plate) dan mengeramkannya sehingga 2 hari untuk membenarkan bakteria membiak. Penkulturan contoh serviks mengesan 90% daripada mereka yang dijangkiti. Penkulturan juga boleh dilakukan dengan menggunakan sapuan kerongkong (throat swabs).
Mengesan gen Bakteria atau ujian Nucleic Acid (DNA)
Mengesan gen Bakteria atau ujian Nucleic Acid (DNA) digunakan dengan menggunakan air kencing atau sapuan serviks (cervical swabs) untuk mengesan gen bakteria. Ujian ini adalah lebih tepat berbanding penkulturan.
Diagnosis
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, atau mempunyai hubungan kelamin dengan mereka yang diketahui mempunyai penyakit kelamin atau mereka yang tidak dikenali, atau dirogol, anda perlu berjumpa dengan doktor serta merta. Anda perlu memberitahu doktor untuk pemeriksaan penyakit kelamin. Pemeriksaan sapuan pap (pap smears) hanya menumpu kepada pemeriksaan kelainan pada sel serviks (cervical cell), dan bukannya untuk penyakit kelamin. Dengan permintaan khusus, pihak makmal akan menguji penyakit Gonorrhoea secara khusus.

Jika anda ada melakukan hubungan seks rambang tanpa menggunakan kondom, anda perlu menguji diri anda untuk penyakit kelamin. Ini adalah untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit kelamin dan juga agar anda boleh mendapatkan rawatan untuk penyakit kelamin sekiranya anda dijangkiti. Sekiranya anda didapati positif mempunyai sebarang penyakit kelamin, anda perlu memberitahu pasangan anda, kerana penyakit kelamin boleh berjangkit.

Selain daripada menghalang penyakit kelamin daripada terus merebak, pasangan anda mungkin tidak sedar tentang tanda-tanda penyakit. Dengan memberitahu pasangan anda, ini membantu pasangan anda untuk mendapat rawatan yang sempurna. Walaupun anda mungkin merasa malu atau rendah diri untuk memberitahu pasangan anda bahawa mereka mempunyai masalah ini, amat penting mereka diberitahu untuk mengelakkan mereka menghadapi masalah jangka panjang.

Rawatan


Penyakit Gonorrhoea mudah dirawat dengan pengambilan antibiotik dalam bentuk pil, atau suntikan tempoh tertentu. Bagaimanapun Gonorrhoea semakin tahan kepada ubat-ubatan biasa. Antibiotik yang digunakan sekarang adalah :-


Cefixime
Ceftriaxone
Ciprofloxacin *(Tidak sesuai bagai mereka yang mengandung)
Ofloxacin *(Tidak sesuai bagai mereka yang mengandung)
Tetracycline

* Antibiotik Ciprofloxacin dan Ofloxacin perlu dielakkan sekiranya anda mengandung atau bawah 18 tahun.


Pengidap Gonorrhea biasanya juga mengidap jangkitan Chlamydial, sejenis penyakit kelamin yang lain. Gabungan antibiotik yang mampu merawat kedua-dua penyakit adalah :-


Azithromycin
Ceftriaxone
Doxycycline

Untuk memastikan rawatan yang diberikan berkesan, anda perlu mendapatkan rawatan seberapa segera sebelum kemandulan berlaku. Jangan berlengah kerana kemandulan hanya diketahui apabila anda cuba untuk mengandung.

Menghindar adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan Gonorrhoea atau sebarang penyakit kelamin. Gunakan kondom kerana kondom berkesan sehingga 99% mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Atau elakkan daripada hubungan rambang, dan sebaiknya berkahwin.