Wednesday, September 17, 2008
Monday, September 8, 2008
Semalam aku ngan beberapa kengkawan plan nak makan kat dalam hutan. Punya lah jauh tempat tuu, kat ulu yam. naik bukit, turun bukit, melintas empangan, masuk hutan... maka sampai lah kami ketempat tujuan, iaitu RIVERSTONE ECO RESORT. Tempat nie memang isolated skit dari kuala lumpur tapi unbelievable.. ramai jugak pengunjung tempat nie. parking space sampai tak muat. Masuk ke tempat nie.. cantik sangat, berlatar belakangkan kehijauan hutan, memang menggamit ketenangan. Kitaorang amik masa sebelum berbuka untuk meninjau perkarangan tempat resort ini dan amik few pic. indah dan tenteram.
pic nie adalah kak Midah yang famous itu, di ruangan makan, ada banyak review surat khabar yang menunjukkan wajah Kak Midah bergaya sakan depan camera. My best friend cuba mengambil kesempatan pada keglamouran Kak Midah the resort owner..
Wajah hepi kami sebelum berbuka, jalan-jalan ambil angin sambil kadang kala melepaskan angin juga.
Zizi yang pemalu itu cuba menolak perlawaan untuk diambil picturenyer.. sambil menunjukkan kemarahannya yang dibuat2. Lepas berbuka zizi terus tidak marah lagi sebab dah tak mampu kerana perut telah penuh diisi patin masak lemak tempoyak Kak Midah yang gile best.
Apeh dan Zizi bergurau senda sambil makan kuih... ( ehh.... korang nie tak puasa ker? waktu berbuka kejap lagi arrr). Kitaorang menghabiskan masa berbuka hari nie dengan menghayati keindahan alunan muzik hutan bersama angin hutan yang sepoi2 bahasa. Alhamdulillah.. kenyang.( balik jer dari tempat tuu... kitaoarang terus ke lotus plak... makan roti madura.. ehh... korang nie tak pandai kenyang ker?)
Monday, September 1, 2008
Cuti penggal... bercuti bersama keluarga. Air terjun bekok.
Eeh.. kita nie nak pergi berkelah ada ker tempat sembahyang.. Umie aku memang priority dia memang tempat sembahyang dan sembahyang. Itu paling dia jaga dalam hidup dia. Kalau boleh tempat tu mestilah bersih dan selesa, yang lain2 tak penting sangat.So, kitaorang pun bawakla satu khemah untuk meletak barang2 dan sembahyang walaupun percutian nie hanya satu hari( setengah hari pun tak sampai).
Inilah alam ciptaan tuhan yang maha agung.. alhamdulillah kami bersyukur atas nikmatmu.
Sandwich sardin pun jadik sedap kat tempat macam nie.. ada macam2 makanan umie sediakan.. makan bagai nak rak.. mandi sekejap2 jer.. pasal sejuk sangat air kat sini.. apapun.. percutian ini memang sangat2 menggembirakan aku, at least aku dapat gembirakan umie aku aku yang ditinggalkan keseorangan kat JB tu... kerana anak2 nya semua sedang bertaburan diseluruh pelusuk malaysia ini demi menimba ilmu di tempat orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)