Wednesday, December 31, 2008

Selamat tahun baru Maal Hijrah.


Entry terbaru ni juga khas untuk adik bongsu aku yang baru jer terima results PMR pagi tadi. Tahniah atas kejayaanmu. Harap dapat terus menjadi kebanggaan keluarga. I'm proud of u.


Ada berani pakai baju warna merah terang pergi kerja? ha ha ha... tahun depan, akan jadi lebih menonjol. Ha ha ha

Tuesday, October 28, 2008

KORANG INGAT KORANG BEST.. BACA ARTIKEL NIE

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

Saturday, October 25, 2008

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Lahir


Tahun nie agak berbeza dengan tahun2 sudah, dimana aku menyambut birtday aku dirantauan, jauh dari keluarga. Tapi nasib baik kat sini ada kengkawan yang sudi menemankan aku dan menggembirakan aku dihari bersejarah aku... sudah 30 tahun!.

Cik Din, meletup baju raya Uols. Gembira kat rumah terbuka u*****.

check this out...

this....

and this...

also this... thanx Hamzah jemput aku... gembira sangat2.

Wednesday, October 22, 2008

NAK BACA SAJAK TAK? SINIS DAN IRONIS.

Ratu anjing itupun melengking
menyalak galak mengasah taring
setelah lepas tersepit pengancing
lalu keluar dari kandang akal yang sinting;
munci;Wajah yang sering berpaling
dan sanggah yang polang-poling
menunjuk telunjuk berkait kelingking.
Makhluk juga; Takdirnya dia….anjing
tabiat ‘bagai melihat bayang di air yang bening’.

Masyarakat anjing itupun riuh
menyambut pulang seekor tokoh
dari paksina kedaksina gamat gemuruh
menggonggong tulang-tulang tanpa roh
pameo pusaka dari benua jauh
panggak yang terlanjur angkuh
alibi ‘telur tembelang’di hari ketujuh
telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh
mengandaikan kabilah mudah diperbodoh

Suci suatu subuh itu terganggu
salak anjing antara azan yang syahdu
melihat kelibat siluman dan hantu
tawakal muazin menuju nawaitu
tertip titipan taqwa pada yang satu
biarkan ratu anjing itu menyalak waktu
bukit bukau tetap jitu
gunung-ganang tetap padu
manusia perlu berakal dan berilmu

Alam maya bukan mutlak milik kita
dipinjamkan cuma sementara
dipentas ini kesempatan bersama
berjuta makhluk berbagai rupa
ketentuan anjing-anjing juga ada

Kok anjing biar menyalak
Kok bukit diar berpuncak
Kok terasa menyelar bijak
bumi juga tempat berpijak
padah kata bila kata terlajak

Dr Ibrahim Ghafar, Bukit Kapar,
Selangor, 22 September 2008

Tuesday, October 7, 2008

HARI RAYA DIRUMAH BARU.


Hari raya nie ada kesempatan melawat umah baru aku kat Setia Indah. Dah dapat kunci bulan lapan hari tu. Tapi tak sempat nak buat apa2. Pada cuti raya hari tu, aku dah pasang lampu dan kipas kat umah.

Umah nie berhadapan dengan Nursery kat projek austin hill. Bayangkanlah, bukak jer pintu, terus nampak taman yang cantik. Pastu, pemandangan tak terhalang seluas mata memandang. Tak ada rumah depan menghalang keindahan.

Design rumah simple dan moden. Sesuai ngan jiwa aku. Teres End Lot with land. Umah dah ada, tapi surirumah nyer masih lagi gigih mencari. Ha ha ha.. tapi tak laa desperate sangat memandangkan aku sekarang nie tengah gigih sambung belajar.

Aku suka umah nie sebab dia ada halaman kat tepi, nanti kalau dah balik JB bolehlah aku buat taman bagai, aku bercita2 nak buat taman yang kecil tapi siap ngan kolam ikan. Tapi tak tau laa bila akan tercapai hasrat aku tu.

Picture anak sedara aku yang pertama dalam family, baru jer umur 9 tahun, tapi tingginya dia, macam budak darjah 5. Jadik Model kat tangga umah.

Mengintai dari tirai kamar. Suka lagu tuu, sesuai untuk orang berangan tak sedar diri! Cerita bukan2 pasal diri sendiri.. tapi habuk pun tarak! (motif: emosi tak stabil)

Sekali lagi abg Arif jadik model kat ruang tamu. Sama-sama gembira, jalan sini sana menyambut raya. Selamat Hari raya Aidilfirti, Maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 17, 2008

Monday, September 8, 2008


Semalam aku ngan beberapa kengkawan plan nak makan kat dalam hutan. Punya lah jauh tempat tuu, kat ulu yam. naik bukit, turun bukit, melintas empangan, masuk hutan... maka sampai lah kami ketempat tujuan, iaitu RIVERSTONE ECO RESORT. Tempat nie memang isolated skit dari kuala lumpur tapi unbelievable.. ramai jugak pengunjung tempat nie. parking space sampai tak muat. Masuk ke tempat nie.. cantik sangat, berlatar belakangkan kehijauan hutan, memang menggamit ketenangan. Kitaorang amik masa sebelum berbuka untuk meninjau perkarangan tempat resort ini dan amik few pic. indah dan tenteram.

pic nie adalah kak Midah yang famous itu, di ruangan makan, ada banyak review surat khabar yang menunjukkan wajah Kak Midah bergaya sakan depan camera. My best friend cuba mengambil kesempatan pada keglamouran Kak Midah the resort owner..
Wajah hepi kami sebelum berbuka, jalan-jalan ambil angin sambil kadang kala melepaskan angin juga.

Zizi yang pemalu itu cuba menolak perlawaan untuk diambil picturenyer.. sambil menunjukkan kemarahannya yang dibuat2. Lepas berbuka zizi terus tidak marah lagi sebab dah tak mampu kerana perut telah penuh diisi patin masak lemak tempoyak Kak Midah yang gile best.

Apeh dan Zizi bergurau senda sambil makan kuih... ( ehh.... korang nie tak puasa ker? waktu berbuka kejap lagi arrr). Kitaorang menghabiskan masa berbuka hari nie dengan menghayati keindahan alunan muzik hutan bersama angin hutan yang sepoi2 bahasa. Alhamdulillah.. kenyang.( balik jer dari tempat tuu... kitaoarang terus ke lotus plak... makan roti madura.. ehh... korang nie tak pandai kenyang ker?)

Monday, September 1, 2008

Cuti penggal... bercuti bersama keluarga. Air terjun bekok.


Eeh.. kita nie nak pergi berkelah ada ker tempat sembahyang.. Umie aku memang priority dia memang tempat sembahyang dan sembahyang. Itu paling dia jaga dalam hidup dia. Kalau boleh tempat tu mestilah bersih dan selesa, yang lain2 tak penting sangat.So, kitaorang pun bawakla satu khemah untuk meletak barang2 dan sembahyang walaupun percutian nie hanya satu hari( setengah hari pun tak sampai).

Inilah alam ciptaan tuhan yang maha agung.. alhamdulillah kami bersyukur atas nikmatmu.



Sandwich sardin pun jadik sedap kat tempat macam nie.. ada macam2 makanan umie sediakan.. makan bagai nak rak.. mandi sekejap2 jer.. pasal sejuk sangat air kat sini.. apapun.. percutian ini memang sangat2 menggembirakan aku, at least aku dapat gembirakan umie aku aku yang ditinggalkan keseorangan kat JB tu... kerana anak2 nya semua sedang bertaburan diseluruh pelusuk malaysia ini demi menimba ilmu di tempat orang.

Bilik baru yang di touch up kan... thanx adie.



Tuesday, July 1, 2008

SEPI ITU AKU


MALAM ITU KELAM,
MALAM ITU GELAP,
MALAM ITU MEMBAWA PEDIH,
BIARKAN KEGELAPAN MALAM MERANGKUMIKU,
BIARKAN MALAM HITAM DIJIWAKU,
BIARKAN GELAP MALAM MEMBISIKKAN SEPI
KERANA KU TAHU,APA ITU ERTI KESEORANGAN DAN KESEPIAN,
KERANA SEPI ITU AKU

Wednesday, June 18, 2008

SELAMAT DATANG KUALA LUMPUR.










Nampak tak betapa gembiranya muka aku. Suasana kat tempat nie memang selesa, cozy dan indah. Makan dikelilingi alam sekitar, ada pelita banyak, bersebelahan dengan kolam renang. Ada musik, ala2 macam kat SPA jer. aduhh.. damai rasa hati ini. sementara menunggu semua hidangan siap dimasak.. aku amik banyak gambar.. untuk kenangan peribadi.


Beginilah rupanya hidangan yang menjadi santapan kitaorang malam tu. Susunan cantik, pastu mewah (berapa laa kena bayar lepas nie), dan dengan tak sabarnya, aku terus mulakan dulu tanpa sempat kawan2 aku habis baca doa (aku doa dalam hati jer). sedap nya makanan dia. Cukup rasa, manis masin masam... fuyyo.. best giler. Makan tak hingat malam tu, aku siap mintak nasik tambah lagi. Harganya tak perlulah ditanya, sebab semuanya malam itu adalah ditanggung oleh tuan punya tempat makan tuu.. iaitu maple dan suaminya federico asaro(orang italy yang budiman). Layanan kat tempat ini memang first class. aku memang tak biasa makan kat tempat mewah fine dining nie. Tapi aku tetap buat macam biasa jer (he he he... macam orang kaya).


Lepas makan semua terbongkang mencungap2. Licin semua. ingatkan dah habis, tiba2 datang pulak laa dessert. dua jenis pulak tuu. Yang satu nie, rasa macam susu, pastu campur ngan manggo dan isi kelapa. sedap sangat. yang kedua pulaks aiskrim (rasa macam bukan aiskrim.. sebab dia mudah pecah) tapi sejuks laa... agak2 nya.. maybe diaorang punya signature dish yang special untuk malam tuu.

Balik lepas tuu.. aku kena balik ke UM semula. Terima kasih kawan2. korang sambut ketibaan aku dengan begitu meriah sekali. Aku sangat2 gembira.

Friday, May 16, 2008

LA LA LA LA KERJA.. HARI HARI KERJA... LALA LA LA ..TAKUT TAKDA KERJA..


Ini adalah gambar aku mengelat sebab keluar cepat.. tinggalkan consultant aku jahit dada patient aku sorang2... aku kata nak keluar sebab ada hal.. nak rehearsel terima anugerah.. tapi sebenarnya, aku tak jadi pergi rehearsel itteww... aku sebenarnya nak siapkan print tesis aku nak hantar hari khamis semalam.


Ini adalah environment kerja aku. tiap2 pagi aku akan memotong, menjahit dan mencantumkan beberapa bahagian pasakit aku... supaya mereka dapat terus menikmati nikmat hidup ciptaan tuhan dengan selesa. Tak lagi sakit2 dada, macam artis dalam television itteww..yang berlakon macam nak rak kena serangan jantung! ha ha ha.
aku puas hati kerana dapat membantu mereka,. walaupun sebenarnya tuhan yang lebih tahu segalanya.


Nie la doktor pakar perunding kat tempat aku kerja.. diaorang nie memang professional. kerja memang tip top. bertanggungjawab. sedikit sebanyak bantu aku mencorakkan peribadi aku.. supaya dapat berkhidmat dengan ikhlas macam diaorang.. TABIK BOS!! (nie picture salah sorang consultant orang puteh aku yang giler mengoperate orang.. satu hari leh buat sampai 3 kes besar) diaorang nie bukan kira apa2.. kadang2 tuu.. balik umah sampai pukul 11 malam.. selamba jer... aku jer yang cabut awal... sebab nak tengok bella.. pukul 6.30 petang... ha ha ha.. kantoll.


Sedikit kenangan yang aku nak kongsikan bersama-sama kamoo... anugerah perkhidmatan cemerlang 2007 just recently aku dapat. beserta rm 1000. Hmmm... terpikir jugaks.. cemerlang ker aku nie.. sampai bos calonkan aku... alhamdulillah... nie rezeki anak2 namanya... he he he.


Tengkiu bos, tengkiu KKM, lihatlah duniee... anugerah ini untuk kamoo semua yang menyokong perjuangan saya selama ini. (matila** ikot gaya azean herdawatie itteww.. terima anugerah)

Monday, May 12, 2008

HARI IBU... (Tukar jadik mode alim, sambil duduk antara dua sujud)


Sempena hari ibu sedunia nie, aku nak tribute skit cerita2 pasal aku dan umie aku. Setelah aruah abah meninggalkan dunia yang fana ini.. dah menjadi tugas aku untuk menggembirakan umie aku. aku tahu tugas itu amat berat kerana menggantikan tangungjawab aruah abah terhadap family memerlukan aku turut terbeban dengan karenah adik2 aku yang sedang meningkat dewasa. 4 orang adik2 aku yang semuanya di universiti. seorang di UM, seorang lagi di UUM, seorang di UTM dan yang bongsu masih lagi di sekolah menengah tingkatan tiga.

walaubagaimanapun, tugas itu tak pernah aku anggap beban tetapi hanya satu tanggungjawab aku terhadap keluarga kerana aku dulu sudah dapat secukupnya kasih sayang dan limpah kebahagiaan. Dan kini, giliran aku pula memberi, supaya adik2ku dapat terus berjaya.



mungkin tak ramai yang tahu, aku pernah menunaikan ibadah haji bersama ibonda tercita pada awal tahun ini. berbekalkan semangat dan keberkatan bonda tercinta, aku gagah mengiringi umieku menunaikan ibadah haji. sesungguhnya, ikatan anak beranak antara aku dan umie aku semakin kukuh semenjak aku menunaikan ibadah itu bersama2.

aku kagum dengan kekentalan jiwa umie aku yang saban hari sabar melayan kerenah anak2nya seramai 9 orang itu. sabar melayan karenah kami anak2 mu dengan iman dan takwa. dan sebagai menghargai jasamu itu, kami semua telah berjaya menjadi manusia yang sempurna. semua kakak dan abg2 ku sekarang memegang jawatan profesional didalam kerajaan. aku berharap titik peluh umie tidak sia2 dengan kejayaan demi kejayaan yang kami anakmu ini lahirkan untukmu.


semoga dihari ibu ini, aku dapat membalas jasa mu umie dan aku terus berdoa supaya umurmu dipanjangkan, dimurahkan rezeki, mendapat anak2 yang beriman dan kebahagiaan didunia dan akhirat. Semoga pada tahun depan dan tahun2 berikutnya,dapat aku terus meraikan hari ibu bersama umieku yang sangat aku kasihi.. insya allah.

Sunday, May 4, 2008

Nak Gembira atau bersedih hari nie?

Hari ini aku bangun awal, walaupun tak kerja.. tapi macam dah jadik routine pulak bangun seawal 6 pagi nie. mula-mula sarapan ngan kak long aku. Makan roti canai Man Tebor yang femous kat kampung aku itteww.
lepas tu aku terus pergi kerumah bangah aku, sebab kitaorang dah berjanji nak bawak keta aku pergi check sound system aku yang dah bunyik macam beruk nak mengawan.


Ini adalah amp aku, dua bijik aku gantung kat belakang seat penumpang belakang. Yang satu tu 4 channel, dan yang satu lagi itteww pulak 2 channel khas untuk speaker sub woofer aku dua bijik 10 inch.

Aku sampai kat tempat repair audio tu, then discuss skit sebanyak pasal apa2 yang aku tak puas hati.. lepas tu jadilah kejadian yang tak diigini dimana aku terpaksa menukar kedudukan sub woofer aku dari tergantung kat atas bonet kepada box spaeker untuk kuasa yang lebih mantap gitu.. untuk keriangan yang lebih. Sebagai orang yang tak terer pasal audio nie.. aku menurut perintah sajork ( abis laa kopak duit aku hari nie).


Sedang satu mamat cina sorang nie tukarkan aku nyer speaker, tiba2 tangan yang tak skillfull nya pun telah merobek speaker aku itteww.. dan aku sungguh marah sekali. dia kata nak gantikan aku ngan speaker lain... dan aku masih menunjukkan kemarahan aku yang sebenarnya hanyalah dibuat2 untuk menakutkan mamat itteww... dan hasilnya... aku telah dapat sepasang speaker stellar 12 inch.. huiyyoooo best siot. mesti gegak gempita kereta aku lepas nie.

Inilah speaker stellar aku yang power giler.. 12 inch, 1200watt. Kesian budak cina tu.. tak pasal-pasal dia kena potong gaji pasal robekkan speaker aku yang cikai itteww.. aku tengok ada riak2 kesedihan dimuka mamat itteww, lantas aku terus kekedai mamak belakang kedai audio nie sambil membelikan dia air nescafe ais dan rojak mamak.. satu untuk aku, satu untuk dia... sama2 sedih, sama2 gembira.


Balik dari repair kete aku, aku terus jer mencuba speaker baru ittew.. dan ternyata, aku pun tak ubah macam ah beng2 drift yang selalu memekak tengah2 malam kat stulang laut sambil bukak speaker kuat2. At least aku puas hati.

P/s semalaman aku tidur... sebab pening kepala dengar bunyik kuat2, rasa macam nak muntah pun ada. Aduhai bonda.. tolongla anakanda mu ini.