Monday, May 12, 2008

HARI IBU... (Tukar jadik mode alim, sambil duduk antara dua sujud)


Sempena hari ibu sedunia nie, aku nak tribute skit cerita2 pasal aku dan umie aku. Setelah aruah abah meninggalkan dunia yang fana ini.. dah menjadi tugas aku untuk menggembirakan umie aku. aku tahu tugas itu amat berat kerana menggantikan tangungjawab aruah abah terhadap family memerlukan aku turut terbeban dengan karenah adik2 aku yang sedang meningkat dewasa. 4 orang adik2 aku yang semuanya di universiti. seorang di UM, seorang lagi di UUM, seorang di UTM dan yang bongsu masih lagi di sekolah menengah tingkatan tiga.

walaubagaimanapun, tugas itu tak pernah aku anggap beban tetapi hanya satu tanggungjawab aku terhadap keluarga kerana aku dulu sudah dapat secukupnya kasih sayang dan limpah kebahagiaan. Dan kini, giliran aku pula memberi, supaya adik2ku dapat terus berjaya.



mungkin tak ramai yang tahu, aku pernah menunaikan ibadah haji bersama ibonda tercita pada awal tahun ini. berbekalkan semangat dan keberkatan bonda tercinta, aku gagah mengiringi umieku menunaikan ibadah haji. sesungguhnya, ikatan anak beranak antara aku dan umie aku semakin kukuh semenjak aku menunaikan ibadah itu bersama2.

aku kagum dengan kekentalan jiwa umie aku yang saban hari sabar melayan kerenah anak2nya seramai 9 orang itu. sabar melayan karenah kami anak2 mu dengan iman dan takwa. dan sebagai menghargai jasamu itu, kami semua telah berjaya menjadi manusia yang sempurna. semua kakak dan abg2 ku sekarang memegang jawatan profesional didalam kerajaan. aku berharap titik peluh umie tidak sia2 dengan kejayaan demi kejayaan yang kami anakmu ini lahirkan untukmu.


semoga dihari ibu ini, aku dapat membalas jasa mu umie dan aku terus berdoa supaya umurmu dipanjangkan, dimurahkan rezeki, mendapat anak2 yang beriman dan kebahagiaan didunia dan akhirat. Semoga pada tahun depan dan tahun2 berikutnya,dapat aku terus meraikan hari ibu bersama umieku yang sangat aku kasihi.. insya allah.

No comments: