Sunday, May 4, 2008

Nak Gembira atau bersedih hari nie?

Hari ini aku bangun awal, walaupun tak kerja.. tapi macam dah jadik routine pulak bangun seawal 6 pagi nie. mula-mula sarapan ngan kak long aku. Makan roti canai Man Tebor yang femous kat kampung aku itteww.
lepas tu aku terus pergi kerumah bangah aku, sebab kitaorang dah berjanji nak bawak keta aku pergi check sound system aku yang dah bunyik macam beruk nak mengawan.


Ini adalah amp aku, dua bijik aku gantung kat belakang seat penumpang belakang. Yang satu tu 4 channel, dan yang satu lagi itteww pulak 2 channel khas untuk speaker sub woofer aku dua bijik 10 inch.

Aku sampai kat tempat repair audio tu, then discuss skit sebanyak pasal apa2 yang aku tak puas hati.. lepas tu jadilah kejadian yang tak diigini dimana aku terpaksa menukar kedudukan sub woofer aku dari tergantung kat atas bonet kepada box spaeker untuk kuasa yang lebih mantap gitu.. untuk keriangan yang lebih. Sebagai orang yang tak terer pasal audio nie.. aku menurut perintah sajork ( abis laa kopak duit aku hari nie).


Sedang satu mamat cina sorang nie tukarkan aku nyer speaker, tiba2 tangan yang tak skillfull nya pun telah merobek speaker aku itteww.. dan aku sungguh marah sekali. dia kata nak gantikan aku ngan speaker lain... dan aku masih menunjukkan kemarahan aku yang sebenarnya hanyalah dibuat2 untuk menakutkan mamat itteww... dan hasilnya... aku telah dapat sepasang speaker stellar 12 inch.. huiyyoooo best siot. mesti gegak gempita kereta aku lepas nie.

Inilah speaker stellar aku yang power giler.. 12 inch, 1200watt. Kesian budak cina tu.. tak pasal-pasal dia kena potong gaji pasal robekkan speaker aku yang cikai itteww.. aku tengok ada riak2 kesedihan dimuka mamat itteww, lantas aku terus kekedai mamak belakang kedai audio nie sambil membelikan dia air nescafe ais dan rojak mamak.. satu untuk aku, satu untuk dia... sama2 sedih, sama2 gembira.


Balik dari repair kete aku, aku terus jer mencuba speaker baru ittew.. dan ternyata, aku pun tak ubah macam ah beng2 drift yang selalu memekak tengah2 malam kat stulang laut sambil bukak speaker kuat2. At least aku puas hati.

P/s semalaman aku tidur... sebab pening kepala dengar bunyik kuat2, rasa macam nak muntah pun ada. Aduhai bonda.. tolongla anakanda mu ini.