Friday, May 2, 2008

Seharian Di Kota Metropolitan..


Antara tujuan aku ke KL kali nie ialah untuk melawat sahabat aku nie yang baru jer dioperasikan tonsil dan sinusnya. Kawan aku nie namanya MUnir.. dan bukannya Fahrin pelakon ittew OK. walaupun dia selalu kembang kuncup bila ada aweks ingat dia fahrin yang sebenarnya. Alhamdulillah, operation berjalan lancar dan Munir selamat dunia dan akhirat... aminnn.


Aku datang KL ngan adik aku... seharian aku ikut jer dia.. bila aku ajak dia pergi tempat aku nak pergi dia akan melencong ketempat lain.. sampai aku dah naik hangin.. sebakul kata2 makian aku bagi kat dia.. lepas tuu, dia nak coolkan aku, dia bawak aku kat berjaya Time Square, belanja aku sepasang Kasut Camel Active.. terus aku tersenyum dan girang.. (aku nie meterialistic jugak rupanya).


Aku kat berjaya Times Square.. tiba2 dihiburkan dengan band boy (yer ker?) yang ntah aper2. semua instrument bunyik berterabur.. kalau aku laa guru musicnya.. mesti aku udah gantung diri.


Punya lah besar burung Enggang ittew.. duduk diatas pohon sambil memerhatikan claypot yee mee aku.



Aku Kat restoran The Hornbill kat taman burung..giler peramah burung kat situ.. duk makan sebelah meja aku... siap tegur2 lagi mintak makanan