Wednesday, June 18, 2008

SELAMAT DATANG KUALA LUMPUR.










Nampak tak betapa gembiranya muka aku. Suasana kat tempat nie memang selesa, cozy dan indah. Makan dikelilingi alam sekitar, ada pelita banyak, bersebelahan dengan kolam renang. Ada musik, ala2 macam kat SPA jer. aduhh.. damai rasa hati ini. sementara menunggu semua hidangan siap dimasak.. aku amik banyak gambar.. untuk kenangan peribadi.


Beginilah rupanya hidangan yang menjadi santapan kitaorang malam tu. Susunan cantik, pastu mewah (berapa laa kena bayar lepas nie), dan dengan tak sabarnya, aku terus mulakan dulu tanpa sempat kawan2 aku habis baca doa (aku doa dalam hati jer). sedap nya makanan dia. Cukup rasa, manis masin masam... fuyyo.. best giler. Makan tak hingat malam tu, aku siap mintak nasik tambah lagi. Harganya tak perlulah ditanya, sebab semuanya malam itu adalah ditanggung oleh tuan punya tempat makan tuu.. iaitu maple dan suaminya federico asaro(orang italy yang budiman). Layanan kat tempat ini memang first class. aku memang tak biasa makan kat tempat mewah fine dining nie. Tapi aku tetap buat macam biasa jer (he he he... macam orang kaya).


Lepas makan semua terbongkang mencungap2. Licin semua. ingatkan dah habis, tiba2 datang pulak laa dessert. dua jenis pulak tuu. Yang satu nie, rasa macam susu, pastu campur ngan manggo dan isi kelapa. sedap sangat. yang kedua pulaks aiskrim (rasa macam bukan aiskrim.. sebab dia mudah pecah) tapi sejuks laa... agak2 nya.. maybe diaorang punya signature dish yang special untuk malam tuu.

Balik lepas tuu.. aku kena balik ke UM semula. Terima kasih kawan2. korang sambut ketibaan aku dengan begitu meriah sekali. Aku sangat2 gembira.

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

Aduhai cantiknya udang tu... best best makan kat mana nih?? ada beritahu lokasi ker tempat makan nih?? harga cemana?? mahal tak??