Wednesday, March 4, 2009

Kepada Isma, Rima,Zuhaida dan makcik2 sembelit yang lain.... Buasir.

Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah – iaitu pembuluh darah yang menjadi bengkak di kawasan rectal. Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Ia boleh hanya gatal-gatal atau sakit dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan pada rectal terutama ketika pembuangan najis. Kadang-kadang pembengkakan ini sehingga ke anus. Jika ini berlaku anda akan merasa di kawasan berhampiran rectum anda lembut dan bengkak.

Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Setengah-setengah wanita mengalami kali pertama ketika mengandung dan jika anda pernah mengalaminya ketika sebelum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri (atau dengan beberapa bantuan yang akan dinyatakan dibawah) selepas bersalin.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.

Sembelit, perkara yang biasa berlaku
Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

*BAGI YANG DAH ADA BUASIR INI...NAK TAU PASAL CAMNER NAK RAWAT MASALAH BUASIR KORANG... PRIVATE MESSAGE AKU YERR... NANTI AKU CERITA PASAL UBAT2AN YANG AVAILABLE.. DAN JUGA KAEDAH2 PEMBEDAHAN YANG SESUAI MENGIKUT DARJAH KEBUASIRAN KORANG.. HIK HIK HIK... ADIOS.

1 comment:

Bendylan said...

Sudah... gambar besarnye.. wallpaper ke uolssss... mcm billboard je i tgk... BYE!