1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.
dipetik dari isuhangat.blogspot.com
11 comments:
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
++ saya memang selalu senyum.. ++
motiff???
ku harap mu adalah salah seorang dari 5 dan 15 dari orang yang ada dalam list hidpumu ...
acu yanie orang ke 2.. lalalala..
abang zamri ...acap... adie... abang mezah... deqrum .. dan .. sape2 la ..
ku beruntung mengenali kamu semua .. MUAH!!
++ wah wah wah..acu yanie tempat ke 2.....mabeles....++ hehehe
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
agak2 adie y keberapa ye atau tak ade dalam list hahahaha
senyum selaloo...
(",)
Bila kita rasa diri dalam tekanan..semua yang kita sayang kita akan lepaskan..
memang pedih..tapi terpaksa-camelia.
Akan cuba lalui hari2 mendatang dengan lebih tabah dan bibir yang terukir dengan senyuman.
tapi, bile tekanan yg d hadapi menguasai diri... adekah perlu meminggirkan org tersayang??? tidakkah itu memberikan tekanan pada org yg kita sayang... dan adakah dgn cara itu boleh menghilangkan tekanan yg d hadapi??? malah org yg tersayang itu terus d pinggirkan tanpa sebab dan alasan... sehinggakan org yg tersayang itu, tercari2 akan kesalahannya... dan seterusnya, kekecewaan sentiasa menyelubungi org tersayang... tapi xpe... akan d jadikan iktibar buat diri ini... sahabat yg baik cukup susah utk d cari, amat payah utk d tinggalkan dan tak mungkin utk d lupakan .... tapi kalau sahabat itu, cukup senang d tinggalkan serta amat mudah utk d lupakan... hurmmmm... fikir2kan laa... -camelia-
sungguhku buta dalam cahaya,
sungguh ku lupa tika bahagia...
sedangkan dekat bukan dimata..
berpaut erat dipinggir jiwa...
sape lah yg ingat kat pokcik ni sebelum tidor..hmmmmm
hurm..posting yg bagus dan kena dengan jiwa saya..
mcm tu la sekarang perasaannye..
bila fikir something yg entah bila akn menjengah kita..hahaha
Post a Comment