
Minggu nie aku memang agak emosi bila mengenangkan perlakuan biadap Israel menghancurkan Palestinian di Gaza. Yang aku lebih2 angin ialah bila negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestine langsung buat bahalol.. tak bagi ape2 pertolongan. Malah siap tutup rapat lagi pintu di sempadan untuk menghalang penduduk palelstine mendapatkan perlindungan dan bekalan untuk terus hidup.
Kebetulan, dalam my class, ada dua orang budak Iran. Dua2 pompuan dan yang lebih best nya.. semangat patriotiknya pada islam lebih menebal dari semangat another dua orang budak lelaki Iraq dan kebanyakan pelajar2 di melaysia nie. Aku ada tanya mereka pagi tadi... tolong cakap kat Ahmadenijad (PM Iran) suruh bagi laa sedas dua nuklear kat bangsa biadap tuu... dan dengan yakin dan bersemangatnya...diorang kata.. NEXT YEAR. Mungkin sebab sekarang nie Iran tengah berusaha mengkayakan penghasilan Uranium dia. Ha ha ha... kagum aku ngan orang2 Iran nie.


Dan bagi sesetengah malaysian dan blogawan, aku ada membaca blog2 yang hanya mentertawakan usaha2 kerajaan dan umat islam untuk memboikot produk dari Israel dan Amerika. Argument dia ialah, kebanyakan syarikat2 besar milik amerika dan Israel nie mengambil orang melayu sebagai pekerja mereka, kalau syarikat2 ini tutup, sah2 laa melayu2 nie tak ada kerja dan menganggur.
Begitu cetek sekali pandangan dan moral insan2 yang menjunjung islam sebagai agama mereka. Mari kita renungkan...
1. Kalau mereka boleh berperang dengan Israel, tak payah laa boikot produk israel
2. Kalau mereka boleh hantar bom dan mortar ke israel, tak payah boikot israel
3. Kalau mereka boleh menghantar bantuan perubatan dan makanan yang mencukupi untuk rakyat palestine, tak payah laa mereka boikot israel
4. Kalau mereka boleh menggunakan kuasa veto untuk menghalang israel bertindak biadap pada bangsa palestine.. tak payah laa boikot israel
Tapi yang bestnya, mereka yang bodoh dungu nie, dah laa tak mampu membuat benda2 diatas, tapi dengan memboikot produk israel dan proksi mereka pun diorang tak mau. Kalau tak mau tu takpe lagi.. nie siap mengeji lagi usaha muslimin2 lain untuk membantu usaha kerajaan untuk menghalang perbuatan jahat dan hina Israel tu. Aku memang istighfar panjang bila baca penulisan2 hilang pedoman macam tuu. Aku harap mereka faham tujuan mereka kat bumi tuhan nie.



Sesungguhnya sekecil2 Iman tuu... kalau kita tak boleh ubah dengan tangan atau mulut, kita hendaklah mengubah dengan hati dan mendoakan saudara2 seislam kita di Gaza selamat dunia dan diakhirat. Aminnn..