Tuesday, January 13, 2009

Boikot barangan Israel/USA


Minggu nie aku memang agak emosi bila mengenangkan perlakuan biadap Israel menghancurkan Palestinian di Gaza. Yang aku lebih2 angin ialah bila negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestine langsung buat bahalol.. tak bagi ape2 pertolongan. Malah siap tutup rapat lagi pintu di sempadan untuk menghalang penduduk palelstine mendapatkan perlindungan dan bekalan untuk terus hidup.

Kebetulan, dalam my class, ada dua orang budak Iran. Dua2 pompuan dan yang lebih best nya.. semangat patriotiknya pada islam lebih menebal dari semangat another dua orang budak lelaki Iraq dan kebanyakan pelajar2 di melaysia nie. Aku ada tanya mereka pagi tadi... tolong cakap kat Ahmadenijad (PM Iran) suruh bagi laa sedas dua nuklear kat bangsa biadap tuu... dan dengan yakin dan bersemangatnya...diorang kata.. NEXT YEAR. Mungkin sebab sekarang nie Iran tengah berusaha mengkayakan penghasilan Uranium dia. Ha ha ha... kagum aku ngan orang2 Iran nie.



Dan bagi sesetengah malaysian dan blogawan, aku ada membaca blog2 yang hanya mentertawakan usaha2 kerajaan dan umat islam untuk memboikot produk dari Israel dan Amerika. Argument dia ialah, kebanyakan syarikat2 besar milik amerika dan Israel nie mengambil orang melayu sebagai pekerja mereka, kalau syarikat2 ini tutup, sah2 laa melayu2 nie tak ada kerja dan menganggur.

Begitu cetek sekali pandangan dan moral insan2 yang menjunjung islam sebagai agama mereka. Mari kita renungkan...
1. Kalau mereka boleh berperang dengan Israel, tak payah laa boikot produk israel
2. Kalau mereka boleh hantar bom dan mortar ke israel, tak payah boikot israel
3. Kalau mereka boleh menghantar bantuan perubatan dan makanan yang mencukupi untuk rakyat palestine, tak payah laa mereka boikot israel
4. Kalau mereka boleh menggunakan kuasa veto untuk menghalang israel bertindak biadap pada bangsa palestine.. tak payah laa boikot israel

Tapi yang bestnya, mereka yang bodoh dungu nie, dah laa tak mampu membuat benda2 diatas, tapi dengan memboikot produk israel dan proksi mereka pun diorang tak mau. Kalau tak mau tu takpe lagi.. nie siap mengeji lagi usaha muslimin2 lain untuk membantu usaha kerajaan untuk menghalang perbuatan jahat dan hina Israel tu. Aku memang istighfar panjang bila baca penulisan2 hilang pedoman macam tuu. Aku harap mereka faham tujuan mereka kat bumi tuhan nie.




Sesungguhnya sekecil2 Iman tuu... kalau kita tak boleh ubah dengan tangan atau mulut, kita hendaklah mengubah dengan hati dan mendoakan saudara2 seislam kita di Gaza selamat dunia dan diakhirat. Aminnn..

9 comments:

IRA said...

memang susah nak boikot barang2 puak ni pasal dah terlalu banyak di sekeliling kita. 2-3 barang yang diboikot rasanya tak memberikan impak yg besar pd mereka tapi sikit2 lama2 jadi bukit kan?lagipun mungkin dengan memboikot brg2 ni boleh membuatkan pengusaha kita buat produk2 utk menggantikan brg2 yg diboikot ni. lagipun tak ada sumbangan yg cukup kecil, tak ada usaha yg tidak dihargai oleh saudara kita di Gaza dan tak ada doa yg tidak didengar oleh Tuhan, kan?

Tommy Alanzo said...

aku tak setuju ngan boikot!
sorry...
hakikatnya pekerja bangsa apa yg ramai bekerja kat kfc n mcd ( contoh francais amerika ) kalau bukan bangsa melayu gak???

kalau nak boikot, suruh mereka berhenti keja n suruh org2 yg aktif menyuruh boikot tu bagi duit kat mereka bulan2!

aku bukan sokong israel, aku bukan musuh amerika, aku hanya manusia yg sama gak ngan manusia lain yg berfikiran logik!
hwa3

semoga damai sejahtera melimpahi bumi palestin!

Anonymous said...

boikot??
hmmm yelah tu...
malas aku nak boikot... aku join boikot kalau semua pekerja melayu dah berhenti keja kat francais2 amerika kat malaysia ni mcm kfc or mcd!

baru tadi aku lalu kfc, fulamak kfc bukit bintang n mcd sesak ngan org2 arab!
siap pakai purdah pulak tu!

boikot lah tu sgt...

aku bukan sokong israel, aku bukan musuh amerika, aku cuma rimas ngan org2 yg fanatik memBABI buta ni mcm anjing menyalak je tapi xda logiknya!

huh!
semoga bumi palestin aman damai....

fahrin said...

aku pon setuju ngan member2 Tommy ni.....boikot? naudzubillah minzalik! (sorry beb kami sebaris dlm cc ni menyerang blog awk!)
dari dulu aku dgr benda boikot ni,pastu perang dah dingin benda boikot ni pun lenyap, bila perang dtg balik mulalah ada org2 yg 'panas' ni menyuruh boikot padahal sedar x sedar dia sendiri guna benda2 yg dia suruh boikot tu! mcm pakcik aku, suruh boikot carefour milik yahudi tu, padahal anaknya keja kat sana jd manager lagi! aku tanya bila dia nak suruh anaknya boikot carefour dan pindah keje, dia kata 'eh tak lah sampai suruh berhenti keje'! so buat apa lah pakcik aku ni bz body siap lekat sticker boikot kat keta dia pulak tu? pakcik, kau memang bodoh! hahahahahahahahah

ALFAF said...

Encik2 sekalian... terima kasih laa kerana memberikan pandangan korang... aku setuju pendangan dari fikiran korang, kalau kita nak memboikot barangan diorang memang mustahil, kerana semua benda dalam kehidupan, ada kena mengena dengan mereka. Tapi ada benda yang terang2 menyokong israel seperti Jonsons and jonsons, starbuck, mcdonalds..semua tu yang menyalurkan keuntungan dia untuk membantu Israel tu pun korang nak sokong ker?
Kalau selagi ada pengganti barangan yang dijual, contohnya oral B ataupun ubat gigi mukmin daripada korang beli ubat gigi colgate.

ALFAF said...

Err..ada satu lagi fakta nak tambah.. Tun Dr Mahathir.. kenal tak? (mungkin korang tak kenal dan membaca sangat Idea Tun kann) Seorang negarawan bangsa melayu dengan bersemangat tinggi memperjuangkan proses boikot product Israel dan Amerika... korang ingat Tun tak pikirkah benda2 yang korang cuba rasionalkan tu? Kalau atas dasar orang melayu kena buang kerja.. agak2..Tun ada pikirkan tak? ke tahap pemikiran korang tak sampai tahap tu lagi..
sekian.

ALFAF said...

Thanx Ira.. tiada sumbangan yang cukup kecil, tiada doa yang tidak didengar oleh tuhan.

kita doakan mereka beroleh keredhaan dan kesejahteraan di sana..aminnn

Anonymous said...

Salam, pendapat aku kan alfaf hanya mencadangkan supaya kita boikot je barang2 israel, tp klu korang x nak boikot itu korang punya hak la kan. Fahrin plak..yang kau ni bangang sgt ni apahal..bodoh2 die pon, pandai jugak die pikir tentang kesengsaraan umat islam kat palestin, apee kata ko cuba doakan umat islam dsana,xnak boikot sudah, tp x payah la nak kutuk bapak sedara ko ni (ko ni sedara ngan kerbau ke?)akal ade tp x guna sebaiknya..haiyaaa

Sooshe said...

ye..kte mmg patut boikot pn..biar padan muka kt diorg..tp tu la susahnya ble kte org melayu, org islam sdiri payah sgt nk buat sme ni, nk tlg sesama islam sbb takut kehilagan kerja dll..tp klu kte leh boikot n kerajaan pn dpt provide other job utk org2 yg bekerja di franchise2 amerika ni, sedikit sebanyak kte dpt tlg jgk saudara islam kte sdiri., wlupn x dpt tlg bnyak, sekadar sedekah al-Fatihah pn dh cukup buat mereka yg terkorban..