Saturday, January 10, 2009

Cerita Ustaz Amirul kena tindih dalam Puaka Niyang Rapik


korang mesti pernah dengar pasal cerita kena tindih masa tidurkannn. Aku dulu memang percaya cerita orang yang pernah mengalami situasi pelik macam tuu.. siap ada sorang kawan aku dia kata dia nampak sendiri makhluk hitam besar bagai tindih dia.

Frankly speaking, aku tak pernah mengalami kejadian aneh tu.. tapi kalau setakat kebas2 tangan tu biasa laa sebab tertindih dengan badan sendiri yang melebihi muatan. Isu nie pernah diutarakan oleh pensyarah farmasi aku masa aku undergrade dulu. DIa kata nak buat kajian.. tapi HADO.

Lepas aku baca dan mendalami ilmu tentang perubatan, aku dapati sebenarnya fenomena kena tindih ini bukanlah berpunca dari ilmu hitam Tok Dalik ataupun ramuan berbisa Bok Miah.. cuma error dalam otak kita menterjemahkan isyarat electrical semasa kita dalam keadaan separuh sedar atau pun lalok.

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) .... waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak2. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap... REM atonia (tader muscle tone).

Otak kiter pun ader switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on.... kirenyer screen saver laaa or hibernate.

So, bila kita bangun, RAS switched on balik... kita sedar fully awake state tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.... mmg menakutkan tapi benar.

Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda2 yang bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/tindih, dll.)

Antara sebab atau benda2 yang boleh men'trigger' sleep paralysis:

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tido la tu... penat sgt)

4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan, bla2...

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...aktiviti extreme)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

so..lepas ni kalau korang berhadapan dengan fenomena ini, bertenang laa... sebab otak kita akan regulate balik system untuk sementara waktu..kiranya macam refresh laa dalam bahasa komputernya... tarik nafas dalam2 dan jangan melawan..sebab kalau korang melawan fenomena ini... korang akan jadik penat sangat selepas tuu...

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat... Puaka Niyang Rapik tuu sebenarnya tak logic.. walaupun aku salah sorang peminat cerita Ahmad Idham tuu... cuma sekadar hiburan takpe.. jangan percaya sangat.

6 comments:

IRA said...

kena tukar jadi puaka niyang merepek kot. =)

mizmaleya said...

saya setuju dengan doc dan hujah2 itu adalah bernas. even mmg pernah rasa dihempap itu dan dgr suara2 pelik, saya rumuskan yang saya penat, tak cukup tidur dan bersetuju sistem badan lumpuh waktu tidur.

very good info doc. good one. :)

ALFAF said...

mizmaleya: tu la pasal.. macam terpanggil plak nak kongsi info. Diorang nie asyik cerita pasal hantu bagai... penatlaa tengok diorang nie.

adie said...

hmmmmm.... macam penah baca je, tapi dimana ya

ALFAF said...

dalam buku neurofisiology abg laa... mu pinjam tempoh hari..ahaksz

Sooshe said...

hm..klu ikut secara saintifiknye mmg la dikatakn semua tu terjadi disebabkn kte letih n proses tidur yg x btul...tp this thing klu dh nmpak secara "life" xkn masih nk ditafsirkn sbg tdur yg terganggu kn? that "thing" does exist, cme org2 yg tertentu je leh nmpak n all..but i dunno much any about sleeping science, REM,RAS n everything...just wanna say what i thought about ur entry..but then i enjoy watching niyang rapik also..only sbb ustaz cute tu je la..hehehe